Assalamualaikum
entry ini agak panjang.sila maklum.
(ENTRY SEMALAM TAPI HARI NIE BARU DAPAT PUBLISH)
*******************************************************************
oh! berdebar-debar ako dibuat nye. pagi-pagi makcik call dari kampung suruh balik hari nie jugak. akak ako yang sulung pun call suruh balik. mintak ako sampai kampung sebelum zohor. hoi!! dah kenapa dia orang nie. buang tebiat apa. minggu lepas ako baru balik kot. nak bertidur-tiduran dihujung minggu pun tak sempat dah kene balik kampung. tapi dalam hati takut juga. dok terpikir ada family ako yang meninggal ke*motif:orang kebumi kan selalu lepas zohor..hahahah*
tapi ako gagah kan la jugak badan yang serba malas nie untuk balik kampung.hoi!! malas nye. dalam dok bersiap akak ako yang dok JB call suruh balik saing dengan dia sekali. dia takut ako tak dapat tiket. eh!apa kes semua balik kampung. ada buat reunion keluarga apa. tapi dalam hati "sah! ada yang meninggal nie".
sampai kampung je akak ako yang sulung dah tercegat berdiri depan rumah makcik ako. dan ayat pertama yang keluar dari mulut dia.
'cepat la! ada orang nak merisik moksu nie!'. siap cakap kat ako lagi yang nak merisik tu abang dud(duda) anak dua*terbaik lah!!. makcik ako dah bebel-bebel suruh siap sebab orang tu datang lepas zohor. fine!! ako bersiap. tapi ako dah warning awal-awal kat adik-beradik ako. ako tak kan terima*kejam*. ye la kesian la kat dotdot yang setia menanti*cewah!!!!
rombongan sampai tapi ako perasan si dia*muntah* tak ikut sekali. ako kecewa la jugak sebab tak tahu muka si dia macam siapa. mana la tahu kot-kot macam abang aaron.hahaha. tapi bagus jugak sebab senang ako nak REJECT. kang ako tergoda dengan ketampanan*kalau tampan* si dia dah susah nak reject*nampak sangat tengok rupa* hahahaha
oh! ako jadi femfuan melayu okay. buat air. pakai baju kurung bagai. hipokrit! hipokrit! hipokrit! *tapi buat jugak* akak dengan abang-abang ipar ako dah gelak-gelak*dem!* hidangkan laju-laju terus lari pegi dapur. makcik ako tak sempat nak tahan*nice!* strategi kene hebat ye hanak hanak. ako dulik ape*kejam*
rombongan balik je makcik ako panggil ako suruh berbincang. kat mulut ako nie dah tak sabar nak cakap 'kita tak nak! kita nak belajar dulu. kita kan muda lagi'*buget umur 19 la kan* tapi tak sempat cakap sebab makcik ako dah letak dua cincin depan ako. bukan 1 okay. 2, D.U.A.... dalam hati ako dah 'hoi! tak menyempat nampak.risik belum tentu kau lepas kau dah bagi sekalik cincin tunang. nampak sangat ako cantik sebab tu kau tak menyabo'. hahahaha. tapi ako perasan 1 cincin tu memang macam cincin yang ako dok selalu cakap kat c mate bundar*eh?
makcik ako cakap bukan dari orang yang sama. means ada 2 orang masuk risik ako. 1 lagi orang kampung ako. budak satu kelas dengan ako time hingusan dulu. what!!!!! makcik ako suruh buat solat istiharah. dia cakap pikir elok-elok kang ujung bulan bagi jawapan. otak ako terus jem. blank. macam tak bernyawa pun ada. memang kerja gila. terus cepat-cepat mesej kawan ako tu. siap sound dia. ye la! dia dah ada makwe kot. siap bersayang-sayang kat FB*nampak sangat stalker* hahahaha. dia cuma balas 'kau fikir la elok-elok.aku takmo kacau kau buat masa nie'. hoi!!!!!!!!!!!! sakit hati ako. nasib baik rumah kau jauh banyak. kalau tak ako gegar rumah kau. ako dulik ape.
lepas tu dapat pulak call dari c mata bundar. dia cakap kawan boboiboy dia nak risik ako. eh! dah kenapa. kenal boboiboy dia pun tak sangat kawan dia pulak nak risik ako. memang kerja gila masing-masing.
siap-siap sebab petang tue jugak balik JB. besok kerja kau. tak kan di sebabkan benda kecik nak memonteng. disebabkan otak bercelaru naik kereta tak pikir ape akhir nya dapat lagi 1 hadiah. tangan tesepit kat pintu. nice!!! sampai terpejam mata ako tahan sakit. nak nangis malu okay depan anak buah. huisshhh!!! sakit wei.
bukak je mata ako sedar ako atas KATIL. perasan tangan ako tersepet antara katil dengan tilam. oh! patut la sakit. tengok jam dah pukul 9. nice! tido pukul 9 malam pukul 9 pagi baru bangun. badan berpeluh-peluh*baru mimpi dah berpeluh belum betul-betul lagi*. tapi sangat bersyukur. sebab bukan betul-betul. kalau betul-betul mau terjun pokok ako dibuat nya. huh! lega...
tapi lepas solat subuh*subuh gajah* still doa mintak cepat dapat jodoh*eh!
hahahaha
ako rasa ako stress sebab semua orang dok cakap pasal lawin. balik rumah akak ako yang sulung sebuk cakap kenduri abang ako. balik rumah makcik dok sebuk cakap wedding kazen ako. balik rumah sewa. c mate bundar dok tebar-tebar buku kawin dia. oh!! stress nya ako* stress la sangat*. eh! terbawak-bawak dalam mimpi kira stress what!!! hahahaha
p/s: maaf ye korang. kesian baca sampai abis. rupa-rupa nya cuma mimpi budak stress. hahaha. tapi best jugakkan mimpi macam nie hari-hari. hew hew hew
selamat pengantin baru,
semoga kekal abadi,
bahagia! ke anak cucu
la la la la *lupa*
nak kawin! nak kawin! *jogetgoyangpinggang*
hahahahaha
bye
salam
notes: tapi best jugak kan kalau kawin cik dud(duda) tu. kawin satu dapat tiga. biahahahaha. kang dah kawin kalau orang tanya bila ako nak ada anak ako tayang je anak dia. mudah, cepat dan tak menyakitkan. bijak nye ako*muntah!
No comments:
Post a Comment
TAK NAK KOMEN LIKE JE PUN BOLEH... V(0_O)V