Soalan:
Apabila buka almari pakaian, kebanyakan pakaian anda berwarna apa?
A. Warna Gelap
B. Warna Terang
C. Warna Lembut
D. Warna Jambu
*cepat lari pegi bukak almari!!!!*
Jawapan:
V
V
V
V
V
V
A. Warna Gelap
* Anda seorang yang pendiam. Anda suka bersendirian berfikir ataupun membaca buku kesukaan anda. Anda tidak mempunyai kawan yang ramai.
Indeks Populariti: 60%
B. Warna Terang
*Dalam persekitaran yang baru, orang lain pasti akan berkenalan dengan anda dahulu. Ini adalah kerana anda seorang yang peramah dan mudah bergaul dengan orang lain. Tapi, cara anda berkawan hanya hangat-hangat tahi ayam.
Indeks Populariti : 70%
C. Warna Lembut
* Anda seorang yang periang, peramah dan tahu mengambil berat orang sekeliling. Maka anda adalah seorang yang sangat popular dalam komuniti. Tapi, reaksi anda juga sangat beremosi sekiranya terdapat kawan yang menyinggung perasaan anda.
Indeks Populariti : 90%
D. Warna Jambu
* Tanpa disedari, semua orang akan tertarik dengan anda. Disebabkan faktor ini, anda sering dimanja-manjakan. Anda tidak mahu mendengar nasihat orang lain. Lama-kelamaan, kawan yang betul-betul mengambil berat tentang anda akan semakin berkurang.
Indeks Populariti : 80%
ha! popular ke idok mike-mike nie? hehehehe
ini semua untuk suka-suka aje ye kawan-kawan...jangan ada yang bergaduh tarik-tarik rambut sebab kurang popular udah... hehehe
enjoysssss...
daaaaa
No comments:
Post a Comment
TAK NAK KOMEN LIKE JE PUN BOLEH... V(0_O)V