Tuesday, 30 July 2013

RESEPI : PUDING ROTI ASAL BOLEH



puasa nie asik-asik up entry resepi je kan.
gaya macam pandai masak je.
tapi takpe.
gaya kene ada.
rasa out boleh diperbaiki lagi.. hehehehe



aku buat puding roti hari yang sama buat ais krim goreng tue.
kan bila dah tekap-tekap roti tue ada balance yang tepi-tepi tue kan.
nak buang sayang.
jadi marilah kita buat puding roti yang pantas.
sebab apa pantas?
sebab kurang barang/bahan..kehkehkeh



bahan-bahannya:
- 5 keping roti / lebihan roti
- telur sebijik
-1/2 tin susu cair
- susu pekat manis (ikut tahan kemanisan kau orang)
- kismis
- butter



langkah demi langkah *gitewww =)

dalam satu bekas pecahkan telur, masukkan susu cair and susu pekat manis.
kacau-kacau sampai sebati a.k.a puas hati...hehehe


bila dah siap dalam bekas lain kau susun roti.
roti nie kalau kau guna yang keping-keping tue eloklah koyak-koyakkan.
lepas tue simbah bahan yang kau dah kacau tadi and tabur dengan kismis.


kalau kau rajin boleh la buat layer by layer.
ulang je benda same.
tapi kalau kau malas macam aku still boleh jadi jugak.
kita buat dia kennn
caranya kacang jo ha
kau campur semua bahan dalam satu bekas.
kacau-kacau sampai sebati
siap! kehkehkeh



atas dia kau campak-campak je butter tue.
pastu kau bia kan kejap.
bagi roti dia kembang and masuk dalam oven dalam 20 minit cam tue.


tapi versi kali nie aku campak je dalam microwave.
oven tarak..
tapi still jadi jugak..mihmihmih




baru kua microwave dah ada minah kenit tergenik-gedik nak.
makan habis siap tambah.
oh! sedap rupanya moksu buat.
matiklah puji diri sendiri...kahkahkah


okay! itu aja.
ketemu lagi di lain resepi.
tata titi tutu



No comments:

Post a Comment

TAK NAK KOMEN LIKE JE PUN BOLEH... V(0_O)V