Tuesday, 12 February 2013

M.Y.E.N.G.A.G.E.D.D.A.Y




Alhamdulillah. selesai sudah majlis. status pun dah bertukar dari 'single' ke 'engaged'. rasa bersyukur, takut, gementar, terharu, malu, seronok tak hilang lagi. macam baru je lepas sarung cincin. syukur Ya Allah.


ya! bertambah tanggungjawab nak kena pikul dengan tukar status ni. tapi tak apa. aku suka je...kahkahkah






aku tak hebah 1 Malaysia pun. cukup la family terdekat je yang datang. tu pun dah penuh satu rumah. tak apa asal meriah. yang penting besederhana itu perlu. jangan membazir. kang jadi kawan syaitoon nirrojim.




masa nie aku gementar sebenarnya. tapi dah camera tala kat muka tak kan nak buat muka cuak. senyum kali lebaq sudah. janji orang tak perasan aku takut. hehehe




Alhamdulillah. first step nearer to a new beginning. InsyaAllah.




antara barang hantara dari belah perempuan untuk en.tunang.



lega bila semua berjalan lancar macam yang dirancang. dua-dua belah senyum lebar. Alhamdulillah. terima kasih buat semua yang menolong. kau orang juga. terima kasih kerana mendoakan. sayang semua orang ketat-ketat.



bye







notes: buat en.tunang..terima kasih kerana sudi menerima diri ini..insan lemah yang tak punya apa-apa..*ececececeh, ayat tak nak kalah* -XOXO-

Friday, 8 February 2013

BUAT SI PENIAGA DAN PENGGUNA



PANDUAN PANDUAN PANDUAN







Tudung seksi?
Jaga-jaga, ada yang memerhati =)





::peringatan untuk aku juga!::





salam





Thursday, 7 February 2013

ISTILAH UNTUK SI PINK BERKAKI EMPAT




aku tahu ramai antara kita dah start amalkan bila beli barang tengok dulu label dekat belakang makanan (ingredient)...nak tahu apa yang ada dekat dalam... takut jugak ada sumber-sumber si pink berkaki empat...kan?kan?


tapi, macam mana kita nak tahu istilah-istilah lain untuk si pink berkaki empat nie selain kod-kod yang dah dikeluarkan JAKIM??





kalau bahasa melayu "babi" dengan "khinzir" tu kita tahu la maksudnya si pink kaki empat...tapi dalam bahasa inggeris ada bermacam-macam istilah untuk si pink kaki empat nie...

contohnya:




1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang 50kg.

4. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg. 

5. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi.

6. Boar : Babi liar

7. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan.

8. Sow Milk : Susu BAbi



ada juga istilah-istilah lain


jadi kawan-kawan lepas nie kalau beli ubat mahupun makanan mohon perhatikan label dan kandungan makanan ye...kalau tertulis 'This product contain substance from porcine' maksudnya 'Produk ini mengandungi bahan dari babi'...









jadi bawak-bawak lah letak balik ke tempat asal nya...tapi kalau kau sanggup nak telan silakan...aku tak sanggup *geleng-geleng kepala sambil buat muka nak muntah*...



cuba kau orang bayangkan binatang bulat warna pink ekor berpintal lalu celah kerongkong kita... dah telan mestilah jadi sebahagian dari isi badan kan? lepas tu bila badan dah hampir sama dengan si pink kau salah makanan...diri sendiri yang telan makanan kau tak nak salahkan..lagi satu bila anak-anak otak lembs kau salah kan dia orang...kau tak nak fikir sumber apa yang kau bagi dia orang telan...kan?kan? *aku tak marah okay...kelip-kelipmatasenyumlebar-lebar*



sekarang dah tahu kan? mari kita elakkan...baik kau mahupun aku...kita sama-sama ingat sampai tua...lepas tu cakap kat anak cucu cicit piut miut segala...ingat tue?





okay dah...stop kat sini dulu sebelum aku membebel entah apa-apa lagi entah...


renung-renung kan dan selamat menghafal =)




salam



saboo!!





tak sampai 3 hari lagi... tapi semua rasa tak settle... buat yang nie rasa yang tue tak siap... buat yang tue rasa yang nie tak siap lagi...lolah den jang oiii...


cepat la settle semua nie...baru boleh bernafas lega...baru boleh tidur dengan tenangnya (macam selama nie tidur tak lena..berdengkur jugak)..


apa jadi 3 hari lagi? oh! tunggu dan lihat sahaja...

sabooo!!!

Wednesday, 6 February 2013

STRESS?? *watch this*








(0_o)
kenapa comel sangat nie??
rasa nak gigit-gigit je pipi nie...
macam paham pulak lagu tue...
 kakak dia gelak pun comel..
om nom nom nom *gigit pipi dua-dua*




*dah hilang stress? jom sambung buat kerja*



Thursday, 24 January 2013

Ya Rasulullah






Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu



memandangkan hari nie Maulidur Rasul... jom tetapkan dalam hati untuk selawat ke atas Nabi sebanyak yang mungkin... eh! tapi jangan buat hari ini je...let's selawat everyday!!! everywhere!! any time!!! =D



one of the simplest and suitable selawat for any time is 



اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ



"Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya."




notes: Let's make our life a living testament to the character of Muhammad. Being angry and abusive only reinforces people’s negative perceptions of the Prophet. Whilst being a living, walking testament to the fact that he was sent as a Mercy to Mankind will make people think again about their views of the Prophet.





Yes, I do!!! =D



salam






Monday, 12 November 2012

RISIKAN SI MF















Alhamdulillah.... si nami dah dirisik *kelip-kelip mata*....lagi 3  bulan InsyaAllah akan dibooking penuh... lagi setahun dua InsyaAllah akan jadi hak milik si MF...hikhik





sekarang hati penuh dengan bunga-bunga...tapi takut lagi bermaharajalela...banyak tanggungjawab yang kena dilaksana...banyak kerja yang kena disusun semula...harap si MF faham plus selalu ingatkan si nami yang selalu terleka dengan dunia... moga DIA memudahkan segala-galanya... ya! semua atas DIA... si MF dan si nami hanya menjadi perancang jalan cerita selain berdoa dan berusaha...




salam









notes: tibe-tibe rasa ako macam dah terlalu jiwa-jiwa... mungkin perubahan hormon... hahahahaha