Showing posts with label mari beramal. Show all posts
Showing posts with label mari beramal. Show all posts

Thursday, 10 April 2014

MUSLIMAH ITU




i found this just now...
and i think it's true..





Muslimah itu , 
terkadang gelak kuat tak henti , 
terkadang juga minum berdiri ,
 terkadang sebelum tidur terlupa baca doa & ayat kursi , 
terkadang pakai stoking dimulai kaki kiri , 
terkadang aci redah sarung kasut orang lain tanpa disedari . 

Muslimah itu ,
terkadang gembira sampai terlompat terkinja sambil tersenyum tayang gigi ,
terkadang menitis air matanya laju tak terperi ,
terkadang rasa lemah smpai tak mampu nak bangun-bangun lagi ,
terkadang rasa marah menguasai diri ,
sampai rasa nk lempang orang tu laju-laju without mercy .

Muslimah itu ,
adalah manusia biasa ,
yang tak lari dari segala perasaan sebagai manusia ,
yang tak lari dari segala macam ujian dan pancaroba ,
yang tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya ,
yang tak lari dari buat khilaf dan dosa .

Kerana apa ?
Kerana dia juga manusia biasa . 
Apa-apa pun , yang pastinya , muslimah itu sentiasa bangkit bila terjatuh , 
sentiasa cuba gembirakan hati orang lain walau hatinya sendiri remuk , 
sentiasa cuba nak improve diri , dari semasa ke semasa tanpa henti , 
walau terkadang dia tersungkur , itu bukan kerana dia lemah ,
tapi itu kerana dia cuba ambil masa utk bangkit semula ,
jadi kuat dari sebelumnya ,
kerana dia berusaha utk mnjadi bidadari dunia , dan juga di akhirat sana ,

insyaAllah :')



big credits to Little Khaleefah

Sunday, 9 March 2014

PRAY FOR MH370



aku rasa aku la perempuan yang paling malas tengok berita.
tak tengok tv pun aku tak heran.
lagi kan pulak kalau terlepas cerita-cerita yang bersambung-sambung kan tv tu.
memang aku tak ambik port.


tapi since semalam aku jadi gila berita.
paper pun nak baca.
kalau boleh aku nak tahu setiap inci berita pasal MH370.
tiap kali orang post or berita baru keluar aku berdebar-debar.
aku pun tak tahu kenapa.
tapi aku tahu bukan aku sorang yang rasa macam tue.


sedih memang sedih
tapi lagi sedih bahu yang memikul






buat sahabat-sahabat
kalau boleh mohon jangan buat apa-apa spekulasi sendiri
jangan kerana orang yang terlibat bukan siapa-siapa pada kau 
kau bercakap yang bukan-bukan ikut sesuka hati
jagalah hati-hati yang sedia menanti.
doakan lah yang terbaik untuk mereka.








so guys.
let's keep praying



Monday, 6 January 2014

LIFE





Stay away from Anger.
It hurts only You and nobody else.
If you are right, then there is no need to get angry,
and if you are wrong then you don't have any right to get angry.

Patience with family is love,
Patience with others is respect,
Patience with self is confidence and
Patience with GOD is faith.

Never think hard about the past, it brings tears.
Don't think more about the future, it brings fear.
Live this moment with a Smile, it brings cheer.

Every test in our life makes us bitter or better,
Every problem comes to make us or break us,
The choice is ours whether we become victims or victorious.

Search for a beautiful heart not a beautiful face.
Beautiful things are not always good, but good things are always beautiful.

Do you know why God created gaps between fingers?
So that someone who is special to you comes
and fills those gaps by holding your hand forever.
Never forget this advice!

Happiness keeps You Sweet, 
Trials keep You Strong,
Success keeps You Glowing,
and But Only God keeps You Going!


When you don't give up, you cannot fail.

4ward.

-ustzh fatimah syarha-







Thursday, 2 January 2014

DOA MOHON KEMUDAHAN DALAM SEGALA URUSAN






sedapkan suara heliza..mendayu-dayu..
dengar sekali terus melekat dekat otak..







okay, nie sebenarnya tengah penangan final exam.
dah final baru tahu takut.
baru tahu nak cari doa senang nak mengingatlah senang hafal la..
kalau tak lagu-lagu lagha yang didownload..hehe
dapat terus share satu kelas.
la nie semua study sambil dengah heliza zikir.
merdu!! sejuk gegendang telinga.. =)




p/s: mohon doanya nye wahai sahabat sekalian

Tuesday, 24 December 2013

Thursday, 5 December 2013

DO YOUR PART : TABUNG BENCANA KUANTAN






mohon bantuan dan doa kalian



DO YOUR PART : HELP THE VICTIMS OF TYPHOON HAIYAN








dear readers and bloggers who I love. Let's not forget our friends in the struggling countries, and also the recent typhoon victims. Don't let them die in vain.



more information in the link HERE



Thursday, 15 August 2013

CARA SOLAT YANG BETUL UNTUK PARA MUSLIMAH






 Jom sama-sama kita betulkan apa yang kurang
"Biar susah sekarang, jangan susah di alam baqa"

Tuesday, 23 July 2013

MAMAT CINA PUASA SEHARI





tak sangka kan ada juga yang try.
atleast dia rasa and tahu kenapa kita yang muslim nie berpuasa.
bukan setakat tahan lapar dan dahaga je.
tapi dapat rasa macam mane orang yang bersusah payah nak cari sesuap nasik.


I bet malaysia would be more peaceful if every malaysian regardless the race can truly value what others did


good luck Jo..
harap-harap dapat la dia makan roti jala kak jah..
hehehe






note: kalau dia boleh..kenapa kita yang lahir as a muslim tak boleh kan? ingatan untuk diri sendiri juga..


Tuesday, 9 July 2013

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN





Alhamdulillah.... dengan kasih sayangNYA diberi peluang sekali lagi bertemu dengan Ramadhan pada tahun ini. Semoga di anugerahkan kepada kita di kala usia yang semakin pendek ini kekuatan dan keteguhan iman, keberkatan, dan hidayah dalam menghayati bulan yang penuh barakah ini. Carilah peluang sebanyak-banyaknya untuk mencari keredhaan dan kasih sayang Allah Taa'la. Pada semua sahabat handai, rakan taulan, kenalan alam maya dan pembaca yang menyinggah walau hanya sebenar cuma, sejuta keampunan ku pohon dari kalian. Semoga bertemu di Ramadhan tahun hadapan....













selamat berpuasa!


BORAK KOSONG DAN BERISI




hai! hai! hai! eeewaahh!!
happy kemain kan...hakikatnya rasanya lempang-lempang diri ku ini.
exam dah lama habis baru nak tekedek-kedek update blog.
maaf ye kawan-kawan, sahabat handai dan rakan taulan semua.
i pergi bercuti dengan yang tersayang..hikhikhik *gelak gedik*


pasal bercuti tue later la ye.
aku malas nak masukkan gambar.
tukang ambik gambar pun tak share lagi gambar kat FB.
jadi malas aku dah jadi double dah...hahaha


entry nie pun aku saja-saja taip.
naik cari mood katanye...choiii!!
oh! ye..kau orang ada tengok tak youtube "couple seminggu"
aku tak sure pulak tajuknya..ke aku dah tua..tue yang lupa..
mula-mula tengok okay la..tapi bila dah masuk part yang janji-janji tue aku dah start gelak-gelak...
tapi kira okay wat..budak tue berani + yakin diri..
suara dia lantang pulak tue.
ada bakat jadi pemidato.
kalau nak banding dengan aku jauh beza..
i is pemalu..masuk bilik kunci pintu..hikhok
aku tak berani..setakat buli En.An boleh la..
pastu kene buli balik...okay tue tak apa..
adil namanya...


yang kau orang tak payah la kau orang nak menghina or mengutuk sangat.
cuba check hp masing-masing.
untung-untung kau orang dah buat dulu cuma tak upload je..
tak ada beza pun kan..
dari kau orang kutuk-kutub lebih baik bagi nasihat yang membina.
baru satu malaysia *tetiba


besuk nak puasa dah..
ada baik kita jaga lidah, jaga hati..
banyakkan zikir..
yang dok mengadap internet tue..jaga jari!!
nak kutuk orang pikir diri sendiri
satu hari nanti kita pun akan ada anak sendiri
kang kene kat batang idung sendiri baru tau..


and tak payah la kau orang nak jadi mak apak angkat budak tue..lempang kang!
dia ada mak apak sendiri.
marah ke rotan ke..bia mak apak dia buat..
kita nasihat yang membina cukup la.
jangan menghina..
kau orang ada maruah kan.
semua orang tak nak dimalukan termasuk budak tue and mak apak dia.
kalau kita tak nak dimalukan..
jangan memalukan orang lain..


kesimpulannya..
ingat ye kau orang..
Allah bayar cash atau tak kita akan kene jugak..
mintak dijauhkan..



Friday, 22 February 2013

26 PESANAN BUAT SUAMI




::Pesanan Buat Suami::

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah-







1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”








Friday, 8 February 2013

BUAT SI PENIAGA DAN PENGGUNA



PANDUAN PANDUAN PANDUAN







Tudung seksi?
Jaga-jaga, ada yang memerhati =)





::peringatan untuk aku juga!::





salam





Thursday, 7 February 2013

ISTILAH UNTUK SI PINK BERKAKI EMPAT




aku tahu ramai antara kita dah start amalkan bila beli barang tengok dulu label dekat belakang makanan (ingredient)...nak tahu apa yang ada dekat dalam... takut jugak ada sumber-sumber si pink berkaki empat...kan?kan?


tapi, macam mana kita nak tahu istilah-istilah lain untuk si pink berkaki empat nie selain kod-kod yang dah dikeluarkan JAKIM??





kalau bahasa melayu "babi" dengan "khinzir" tu kita tahu la maksudnya si pink kaki empat...tapi dalam bahasa inggeris ada bermacam-macam istilah untuk si pink kaki empat nie...

contohnya:




1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang 50kg.

4. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg. 

5. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi.

6. Boar : Babi liar

7. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan.

8. Sow Milk : Susu BAbi



ada juga istilah-istilah lain


jadi kawan-kawan lepas nie kalau beli ubat mahupun makanan mohon perhatikan label dan kandungan makanan ye...kalau tertulis 'This product contain substance from porcine' maksudnya 'Produk ini mengandungi bahan dari babi'...









jadi bawak-bawak lah letak balik ke tempat asal nya...tapi kalau kau sanggup nak telan silakan...aku tak sanggup *geleng-geleng kepala sambil buat muka nak muntah*...



cuba kau orang bayangkan binatang bulat warna pink ekor berpintal lalu celah kerongkong kita... dah telan mestilah jadi sebahagian dari isi badan kan? lepas tu bila badan dah hampir sama dengan si pink kau salah makanan...diri sendiri yang telan makanan kau tak nak salahkan..lagi satu bila anak-anak otak lembs kau salah kan dia orang...kau tak nak fikir sumber apa yang kau bagi dia orang telan...kan?kan? *aku tak marah okay...kelip-kelipmatasenyumlebar-lebar*



sekarang dah tahu kan? mari kita elakkan...baik kau mahupun aku...kita sama-sama ingat sampai tua...lepas tu cakap kat anak cucu cicit piut miut segala...ingat tue?





okay dah...stop kat sini dulu sebelum aku membebel entah apa-apa lagi entah...


renung-renung kan dan selamat menghafal =)




salam



Friday, 10 August 2012

IKLAN RAYA - BERNAS



Assalamualaikum





pagi-pagi dah ada orang kopek bawang dekat ofice..
*nanges* T_____________________T