Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

Monday, 13 August 2012

TAHNIAH!!



Assalamualaikum...






Sepet Shop dah keluarkan list pemenang... dan ako nak umum kan yang ako!!!!!!!!!!!!































































TAK!!!!!!!!!!!!!!!! menang *tekup muka dekat bantal* TT______________________TT...





tak apa lah... memang entry ako tak sedih pun...plus bukan rezeki... tak apa mungkin akan menang dekat contest lain *sedapkan hati*







banner sepet shop ako tepek je kat situ buat masa nie...mane tau kau orang nak cuci-cuci mata ke...leh la click banner tue *dengan harapan ada orang nak beli kan untuk ako* mih mih mih





tahniah pada eqa sulaika sebab menang... =D





bye





salam







notes: mr.gong! sya mahu beg ghaye jugak!!!!! *hentak-hentak kaki*....dush!!

Monday, 23 July 2012

CONTEST GEMPAK





Assalamualaikum





yeah!!!!!!!!! hadiah contest gempak dah dalam tangan... walaupun ako dah sedikit ke arah kewanitaan*puiii* tapi ako still baca comics... buat hilang stress bekerja..hikhik tapi gempak je la yang ako selalu beli...yang lain sepupu ako beli...jimat disitu ye... balik kampung masing-masing tebongkang bace comics... so, dah alang-alang baca/beli comics join contest sekali...







walaupun ako dah banyak kali menang tapi semua hadiah yang ako dapat dah kene rembat dengan anak buah... tapi memang nak bagi pun dekat dia orang... dari ako simpan sampai berkulat baik bagi dia orang... yang ako simpan/guna ada satu je... pendrive 2Gb 14 Blades...ako bukan tau pun cerita apa... pakai join je contest ikut sesedap rasa je...keh keh keh





balik kampung minggu lepas ada lagi hadiah menunggu dekat rumah... Alhamdulillah!!!







first contest - Piranha 3D - dapat tshirt... walaupun saiz L tapi agak shomel untuk ako pakai ... badan dah macam kene pam pam skarang nie T____________________T... pass bagi anak buah...













contest ke 2 - topi mantera - yang nie pun bagi anak buah ako yang first...





walaupun tak dak satu pun yang ako boleh pakai tapi bersyukur dengan rezeki Allah bagi... dapat tengok orang pakai pun puas hati...





bye





salam




Friday, 20 July 2012

CONTEST RAYA SI SEPET & KEDAINYA!!!

Assalamualaikum







macam keji pulak ako rasa...dah la dah lama tak update blog proper...tibe-tibe update blog sebab nak join contest...barang free beb sapa tak hinggin...anak buah ako pun nak.. keh keh keh 




tapi masalah nya kene buat entry sedih sangat-sangat kenapa ako nak beg yang dia dok selalu promo tue... ako dah la baca blog dia dengan cinta hati dia *pitam* senyap-senyap je...lepas tue tak kan nak kasi dia tengok blog ako yang buruk nie and cerita sedih ako... tak rock la derrr... tapi tak apa.. kita try and arrow je...dapat alhamdulillah...tak dapat meh sentap ramai-ramai...hak hak hak




****************************************************************************

Cerita Sedih Saya!!!*gayaupinipin*




nama saya nami...umur saya macam sepet *perluke?*...disebabkan saya dilahirkan dalam keluarga yang agak susah...maka, mak tidak pernah mengajar saya untuk membazir wang untuk membeli barang yang bukan keperluan *nafsu!nafsu!*... tabiat ini saya bawa sehingga ke remaja *belumkawinso,remajalagi*... 




walaupun kini saya sudah bekerja dan mempunyai upah sendiri namun upah tersebut selalu tersasar...daripada saya ingin menyimpan untuk membeli beg, baju, handphone dan etc... upah tersebut terlebih dahulu menjadi bahan untuk membayar upah insan-insan yang rajin memasak didapur kedai-kedai mamak... ini disebabkan perut saya adalah hampir sama dengan tong gas didapur mamak tersebut T__________________T... 








kadang-kadang upah tersebut masuk ke dalam perut anak-anak buah dan hadik beradik saya kerana tahap kebesaran tong kami hampir sama *kes paw ako*... jadi, beg dan barang-barang idaman saya telah menjadi makanan ruji dan di hadam didalam perut... adapun sebahagian upah tersebut perlu digunakan untuk menyambung pelajaran saya yang sekian lama tergantung tak bertali...sebab itu lah saya berharap apalah kiranya sepet dan qery dapat memberikan beg tersebut kepada saya dengan percuma *kelip-kelip mata sambil senyum sampai nampak gigi susu*


 sekian, terima kasih..




*puhh kiri puhh kanan*
**************************************************************


rasa nak nangis baca entry sedih sendiri sebab tah apa ako merapu kan pun ako tak tahu... tapi nie memang kisah benar yang sememangnya besar-benar belaka...tiada yang benar selain yang benar-benar kesemuanya...





kepada kau orang yang nak join boleh ke blog SEPET  kalau nak tahu syarat-syarat kelayakan *kelayakan sangat!!*...ako malas nak taip sebenarnya sebab dah penat merapu...kah kah kah







buat kau orang yang malas buat entry...jangan meraung jangan bersedih... kenapa??? 




ye!!! sebab kau orang boleh pergi terus ke blog SEPET SHOP atau banner dekat sebelah...pilih , oder/booking dan bayo *ako tau kau orang manyak duit...mencikk tau!*...kang dah dapat kat tangan kita leh la ghaye dengan beg baru sama-sama*macam la ako dapat* T______________________T... jangan lupa like FB SEPET SHOP jugak *wajib*



sekian





salam





notes: buat entry macam budak sekolah sebab qery yang jadi juri...diakan cikgu sekolah...mesti suka baca karangan budak-budak...kah kah kah


Monday, 14 May 2012

SPARKLE BY YUNA

Assalamualaikum





hye! hye! dah dengar lagu baru yuna belum?
belum? meh-meh dengar sama-sama dengan ako.




Sparkle - Yuna

You make me sick in a lot of ways
Make me smile always
I'm just really into
Having this chase
Kept my eyes open everytime
Falling for you is a crime
We let sparks go off
This time

Chorus:
Oh oh
I've been here before
Not long ago
With someone just as beautiful
Just as doubtful
I sure don't mind
Having you
This time

I see it in the steps you take
I hear it in the sounds you make
I'm just really into
Having a taste
Remind me how we got this far
Remind me how we fell apart
Oh I can't give you
That space in my heart

Chorus

And then we fall asleep.

I'm the one
Whos always in the way
But you got me
Hoping for more more more
I'm here to stay
As though I am always there
As though I had never left

Oh oh
I've been here before
Not long ago
With someone just as beautiful
Just as doubtful
I sure don't mind
Spendin time
I've been here before
Not long ago
With someone just as beautiful
Just as doubtful
I sure don't mind
I sure don't mind
I sure don't mind
Getting hurt again



oh! shomel je. akhak suke! akhak suke!*kelipkelipmata* . oleh itu, dengan keberjayaan*bantai* ako kelip-kelip mata tanpa henti. dengan ini ako umumkan. yang ako telah menjoinkan diri dalam THE SPARKLE PROJECT . pom! pom! pom!*bungaapibentukbintang*





APA ITU THE SPARKLE PROJECT????




okay! meh ako bisik kat kau orang. tapi jangan bagitahu orang lain. kang dia orang menang susah la ako*matapandangkirikanan* hew hew hew. 




yuna dan samsung galaxy note telah bergabung*meletup!* untuk THE SPARKLE PROJECT. lagu yang dipilih ialah lagu yang buat ako terkelip-kelip diatas "SPARKLE". yang heaven nye ako, kau, dia dengan tue yang kat belakang kau*lambai-lambai* tue pun boleh join sumbang idea untuk music video "SPARKLE" nie. gempak tak gempak beb!. caya la lu yuna*over!!*




jom kita join sesama. mula-mula pergi dekat THE SPARKLE PROJECT. then kau orang akan nampak yuna duduk tunggu kau orang punya idea.



"hai yuna!! i lap u very strong like galaxy note lah" =D
click The Idea Cloud...nanti akan keluar macam kat bawah nie.





 lepas tue kau orang pilih la nak sumbang idea kat mana. ako tau idea kau orang kan gempak-gempak*jeling*. salah satu yang ako buat. ako pilih The Spark Of Love. lepas tue akan keluar galaxy note yang tak boleh dipegang nie*stress*.





kalau tangan kau orang hebat apa lagi. pegang la pensil tue*kalau dapat* hahahaha. disebabkan tangan halus ako manja. jadi ako upload je picture. habis cerita*malassebenarnya*





gambar pun ako pakai taram je upload. testing dulu. kang ada idea lagi gempak dari kau orang ako buat la lain*coverline*





lepas tue isi form nie. ako tak print screen yang ada description sebab takut kau orang tiru*bugetayatgempak*. dah siap isi sila submit ye.





loading! loading! loading!





success!!!
yea!!! and yuna pun ajak ako join dia buat music video*tipu!!!!* hahahaha. dah abis yang nie kau orang leh bagi idea kau orang yang belambak tue kat part lain pulak. macam ako. ako join yang dreams jugak*gilertamak*. tapi segan nak tunjuk. miaw! miaw! . ako tak publish gambar pakwe okay! ape barang pakwe-pakwe*jeling*.




oh! kau orang jugak boleh gebang idea kau orang kat muka buku dengan burung biru kau orang. ako pemalas lipas. so, no sharing no caring*kejampetalakelapan*.




so, marilah kita mengimarahkan lagi THE SPARKLE PROJECT nie dengan mensubmit  jota-jota idea. 'yuna darling, jangan pening okay! agak-agak susah nak pilih. amik je idea ai. ai tak kesah punya" biahahahahaha.






bye








salam