Friday, 19 July 2013

RAMADHAN #3 : QURANIC GEMS








Ramadhan Quranic Gems by Ustadh Nouman Ali Khan made easy =)

Alhamdulillah
May Allah make Qur'an the light of our hearts - ameen ya rabbi..


Thursday, 18 July 2013

RESEPI : AIS KRIM GORENG TABAHKAN HATIKU YANG TENGAH PANAS MEMBARA



giteeewwww
nama resepi kenalah ikut keadaan sekeliling kennn...
disebabkan hari nie ramai kaum hawa panas hati sebab isu asyraf muslim kawen lagi..
nak nak bila keluar puisi/sajak dari bini dia dayana..
and dapat agak sebab apa dia kawen lagi.
lagi naik panas montot..
jadi mari buat ais krim goreng untuk meredakan panas hati dan montot kita bersama.
kihkihkih



bahan-bahan nya sonang jo ha

> Roti
> Ais krim
> Bekas/cawan

senang kan? kan? *angkat-angkat kening*
senang sangat sampai kau rasa nak cekik-cekik lelaki yang ada niat pasang lagi satu.
yang dah selamat pasang lagi satu tak boleh buat apa lah kan dah selamat dah pun.
tapi still rasa nak cekik-cekik.





mula-mula ambik roti sekeping.
lepas tue letakkan setoet (toet?) ais krim dekat tengah-tengah.
kau orang agak-agak la.
jangan banyak sangat kang kebocoran pulak roti kau orang kang.
dah meleleh-leleh dengan ais krim.





dah settle yang tue amik lagi sekeping roti cover atas dia.
lepas tue kau tekan sehabis tenaga pakai cawan/bekas sampai dia tertanggal.
tenaga tue..macam tenaga nak mencekik tadi ye.





dia akan jadi macam nie.
lepas tue kau masukkan dalam plastik and simpan dulu dalam sejuk beku.
agak-agak ais krim keras/batu baru kita start goreng.




untuk sesi goreng pulak.
sila pastikan minyak dalam kuali cukup banyak and minyak betul-betul panas punya.
sepanas hati kaum hawa..kihkih
bila minyak dah panas kau celup-celup kan kejap je roti tue.
agak-agak dah perang angkat.
jangan lama sangat sebab takut ais krim cair
and takut roti tue menyerap banyak minyak pulak.
kang jadi panjang pulak nama resepi nie sebab kena tambah perkataan minyak dekat hujung...prfffff




JENG! JENG! JENG! dah siap
ish!360 nie jadi pucat pulak gambar aku. T_____________T




kene cepat-cepat makan sebab takut ais krim cair
kang ais krim dah tak sejuk macam maner nak sejukkan hati yang tengah panas membara kennn.
mihmihmih


 

okay! selamat mensejukkan hati wahai kaum hawa





saket pulak hati kita nie...
eh! tapi betul ke si asyraf tue kawen lagi satu? (0_o)????






nota: baru 3 tahun dah tak tahan...ada je orang tunggu 10 tahun baru dapat zuriat..Allah tahu apa yang terbaik untuk kita...bersabarlah

Wednesday, 17 July 2013

RAMADHAN GIVEAWAY BY ZZ




:: click banner untuk join ::


 
Syarat-syaratnya:
1. Buat entry tentang giveaway ini, dan copy and paste link di kotak komen. Sertakan nama FB anda.
2. Follow blog ZZ Online Shop (WAJIB)
3. Like ZZ Online Shop (WAJIB)
4. Tag 3 orang rakan. Tak dipaksa.
Hadiah untuk pemenang:
Pemenang Pertama: Baju Muslimah (RM55-RM60)

Pemenang Kedua: Tudung Awning (RM45-RM50)

Pemenang Ketiga: Shawl atau Tudung Bawal (RM35-RM40)

Pemenang Keempat: Shawl atau Tudung Bawal (RM25-RM30)

Pemenang Kelima: Shawl atau Tudung Bawal (RM15-RM20)

5 pemenang saguhati: Topup bernilai RM10
PEMENANG DIPILIH SECARA RANDOM.ORG. 
*Giveaway ini akan terbatal sekiranya peserta kurang dari 100*
So, taglah ramai rakan anda. 
Giveaway ini berlangsung dari 12 Julai 2013 sehingga 30 Julai 2013
Pemenang akan diumumkan pada 31 Julai.
 
 
 
 
ANDA SEMUA DI TAG..INI ADALAH PAKSAAN... =)
okay! tak mau main-main
jom meriah kan giveway nie daripada kau orang melopong tak buat apa-apa baik join
kalau ada rezeki InsyaAllah dapat hadiah
tak susah pun
kan?kan?kan?


Sunday, 14 July 2013

RAMADHAN #2: MY PLANNER




"If you fill your heat with the remembrance of Allah, then you'll leave no space for Shaytan to come in." (Nouman Ali Khan)















crdt : MyPlanner

MISTIK : CIK "P" DATANG




mistik ye bukan beefsteak..
mentang-mentang puasa kau jangan nak nampak makanan je ye
aku belasah kang..hahahaha
okay tak lawak



disebabkan semua orang dok update makanan buka la sahur la moreh la lalalalalala
sampai hampir-hampir buat air liur aku meleleh keluar dari gua
baik aku update benda lain pulak
sebab aku takut kalau aku yang update pasal makanan sat lagi tengok-tengok makanan dah ada dalam mulut
dah berdosa beso sebab tak puasa walaupun perut kenyang...acaner?



eh? panjang pulak mukadimah aku nie
moh la kita ke cerita sebenar



benda nie jadi kat aku sendiri *ini bukan cerita bohong ye
tahun 2007 tak silap aku
masa tu aku L.I *latihan industri* dekat JKR Jasin tapi menyewa dekat sebelah poli sendiri *Poli Merlimau Melaka*
setiap hari berulang alik sebab tak ada member nak menyewa sama dekat jasin.
kalau kau budak PMM kau sedia maklum taman perumahan M.U *merlimau utara* tue agak "keras".
sebab jadi laluan benda tue dari asrama poli ke kebun kelapa sawit belakang taman perumahan tue
rumah memang keras la kan..
buat pun pakai konkrit kauuu
kau hantuk kepala compem berdarah..
lawak ke idok! =)
hahahahaha pang! satu kali



yang aku pulak tak jangka la kan benda nie nak jadi kat aku.
tapi dah dapat peluang tertengok
sumpah lepas nie tak nak tengok lagi
i is menyesal T_________T



so satu rumah 6 orang termasuk aku
petang sabtu sebelum kejadian member aku A bagi tau yang family dia ada family day dekat ayer keroh
jadi pagi-pagi family dia gerak dari kluang and singgah amik dia terus shoot ke ayer keroh
aku okay je
bukan mengganggu kehidupan seharian aku pun...mihmihmih



malam tue kehidupan aku seperti biasa la.
abis buat laporan terus tengok tv
sebab aku selalu tidur plus tertidur depan tv maka bentang toto siap-siap
selalu aku tidur sorang je
tapi tah macam mane malam tue member lagi sorang nk join.
eh! ini sudah bagus, ada geng!



gittewww
pandai jugak aku conteng-conteng..,kehkehkeh



so tidur punya tidur punya tidur
tibe-tibe ada orang ketuk pintu..
kuat okay sampai bergegar rumah
member aku yang bilik tengah tue siap bukak pintu bilik dia lagi
aku dengan member aku yang tidur dekat dengan pintu rumah lagi la terjaga.
pastu aku sesedap rasa je cakap family A kot datang
dengan tak tengok jam terus tuju tingkap
pastu cakap "kejap makcik, A tak bangun lagi"



aku yang sesuci lebaran time tue tak ada la pikir apa-apa
niat hati nurani nie nak bagi tau family A yang anak dia tidur berdengkur lagi
and tak nak la family dia tertunggu-tunggu
jahat kah aku? zalim kah aku?
sob! sob! T_______T



bila dah tuju tIngkap ofcoz la buka kan
sekali yang ada depan tue bukan makcik
tapi cik "P"
betul-betul berdiri depan tingkap
untung sikit sebab dia tak tenung aku
dia tunduk sikit
tapi still aku nampak jelas sejelas jelas nya lah



"Ya Allah" menggigil kaki aku
tapi bukan tue yang terkeluar dekat mulut la kan
yang keluar "Mak HAntu!!!!!"
terus cepat-cepat tutup tingkap
member yang tidur dengan aku cecepat lari masuk bilik tengah and kunci
bebudak yang bilik depan pun kunci bile dengar aku jerit cam tue pun kunci pintu
aku yang kat luar nie meraung bagai nak gila suruh dia orang bukak pintu depan
dekat 5 minit jugak baru dia orang bukak pintu and tarik aku masuk bilik.
masuk bilik aku baru terpandang jam
baru nak jejak pukul 4



pastu budak bilik tengah pun join
tanya-tanya aku macam-macam
yang aku masih mengigil takut
sampai nak cakap "P" tercakap toyol...purffff!!
bila cakap toyol memasing mula la start cakap malam tadi tak susun kasut kot sebab tue toyol datang kira kasut...
pastu tanya toyol warna ijau kan
yang aku blur-blur terus cakap "tak! warna putih"
dah memasing pelik
hati dah tenang baru aku teringat
"eh! bukan toyol...tapi POCONG!"
terus masing-masing meraung
owh! toyol tak takut la ea?



start dari tue teros masing-masing tak tidur
yang aku diam tak berbunyik sampai ke sudah
tapi air mata meleleh je sampai basah selimut
besuk pagi dalam pukul 10 dia orang hantar aku balik kampung sebab aku dah start panas badan
balik kampung kakak aku bawak berubat and now aku dah okay
cuma fobia dengan tingkap malam-malam
kalau orang ketuk pintu malam-malam tak bagi salam aku memang tak layan
takut cik "P" yang muncul!
gelap pun aku cuak jugak



tapi kalau orang tanya macam mana rupanya
yang aku boleh cakap kain dia dah kotor mungkin sebab tanah
aku rasa lelaki sebab bentuk muka dia lelaki
and still kene ikat macam gula-gula tue cuma bahagian muka dah terbuka separuh
aku berani cerita sebab nie bulan puasa
syaitoon nirrojim kene ikat
jadi aku tak takut sangat
cuba bukan bulan puasa...
aku orang pertama sembunyik salam selimut
and aku beruntung sebab tak buka pintu time tue..
and beruntung juga nampak "benda" tue.... T__________________T
lepas nie tak nak dah



and aku buat entry nie lawak-lawak sikit supaya kalau aku terbaca entry nie aku tak takut
kesian kan poms nie
sendiri tulis sendiri baca
kahkahkah






note: aku suka cerita pengalaman aku dekat orang tapi tak suka orang cerita pengalaman dia dekat aku..
i is takut!!!!! larikkssss

Saturday, 13 July 2013

SEGMEN BLOGWALKING DI BULAN RAMADHAN BERSAMA CIK FIE


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan , Semua ! Hehe . Kali ni Fie nak buat segmen simple yang bertajuk " SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan " . Tujuan Fie buat segmen ni untuk berkenalan antara satu sama lain n untuk menambahkan follower n trafik blog korang . Segmen ni bermula pada 13 July 2013 sampai 8 Ogos 2013 11.59 malam . Fie hope sangat2 segmen ini mendapat sambutan meriah .

CARA - CARA NAK JOIN

  1. Follow blog CIK FIE
  2. Like fanpage CIK FIE
  3. Buat satu entri yang bertajuk " SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan "
  4. Copy coding entri yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri
  5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini


WHAT MONEY CAN BUY








sebarkanlah cinta dan bahagia mengikut syariat-Nya





crdt to 9gag