Tuesday 24 December 2013

Thursday 5 December 2013

DO YOUR PART : TABUNG BENCANA KUANTAN






mohon bantuan dan doa kalian



DO YOUR PART : HELP THE VICTIMS OF TYPHOON HAIYAN








dear readers and bloggers who I love. Let's not forget our friends in the struggling countries, and also the recent typhoon victims. Don't let them die in vain.



more information in the link HERE



Saturday 19 October 2013

LADANG ANGGUR TASIK BERIS



poms pemalas memang macam nie
kalau boleh nak tunggu setiap hari rabu dengan niat buat entry wordless pastu longgok gambo banyak-banyak sebab malas ya ampunnn nak pikir ayat...
tapi last-last ayat sama banyak dengan gambo..ceit!



kali nie ikut En.An balik kampung untuk kali yang ke berapa tah
aku tahu ikut je
lain-lain semua En.An settle...agagagagaga
yang penting dapat pujuk En.An pegi ronda-ronda
ke Ladang Anggur Tasik Beris kita
dokek jo ha dengan kampung En.An
so, selamat la menengok gambo ye hanak-hanak
































sebelah ladang anggur adalah tasik beris 
kalau tak mane nak dapat nama ladang anggur tasik beris ye dak?
dekat sini ramai gak orang lepak-lepak
yang buat photoshot untuk wedding pun ramai






muka aku dah serabai dah..
lantak la situ..












kat sini barang wajib beli buah anggur dengan air anggur..
dah name ladang anggur tak kan tibe-tibe watermelon pulak..
agagagaga



nampak tak
last-last ayat dah jadi malas balik
choii kan poms nie.. hahahaha


daaaa
kahkahkah




Saturday 28 September 2013

CELEBRATING FOR 3 YEARS




: : 130910-130913 : :


Alhamdulillah.
masuk tahun ke tiga untuk tahun nie
InsyaAllah tahun depan tahun ke 4 dengan status lain pulak
hikhik











dinner at kenny








 lunch at chaophraya taman U JB *recommended




ye! kita orang celebrate dengan cara bulatkan perut
sampai nak balik pun terpaksa heret-heret kaki sebab perut berat..hahaha
no hadiah-hadiah sebab memasing suka dengan hadiah berupa SET MAKANAN...hahahaha
simple tapi bahagia *auch!!
lol!! =)





oh! lepas dinner tue sempat gak melayan ini
best!





Jemaaaaaa~~~~~~~~~aaahhhhhh
jumpa next entry
daaa









note: dear my big baby..thank you so much for coming into my life 3 years ago and still standing by my side through thick and thin. you have been the best thing could have happened to me. as time goes by, my love for you keep growing and maturing. may Allah bless our relationship and protects us from any obstacles and stay loving in this world and hereafter. amenn  -love, small baby- mihmihmih


Friday 27 September 2013

GOOGLE GAME




nak kata kanak-kanak dah rupa mak orang kenn
tapi dulik apa aku
game tidak mengenal usia kata kau
hahaha



sekarang tengah terjebak dengan game kat dashboard google nie


hahahaha
game kanak-kanak pun jadi kan





kalau layan game nie mau dengan kepala-kepala berayun ke kiri kanan
tue belum beriye menekan mouse siap dengan bunyik "hiyak! hiyak! hiyak!" lagi
anak buah aku tengok pun geleng kepala
hahahaha





nie je la pun yang mampu
tue pun penah dapat 155 sekali je T___T


eh! jom la sambung main
ke kau orang dah dapat candy lagi banyak dari aku?
ini tidak boleh berlaku
hiyak! hiyak! hiyak! *tekan mouse lelaju
hahahaha



daaaa



Sunday 8 September 2013

THE MASTER'S SUN





okay nie cerita yang aku tengah follow sekarang..
heroin cerita THE GREATEST LOVE..
terjebak sebab kazen aku tengah tengok..
aku kan takut bab-bab hantu nie..
sekali tengok hantu dia tak la scary to the max..
terus layan sampai sekarang..huhu








cerita dia pasal perempuan nie boleh nampak hantu..
and kalau dia nak disappear hantu yang dia nampak tue dia kene pegang hero (in case kalau dia takut bebeno la)..
tapi at last dia akan tolong gak hantu yang dia nampak tue..
and hero tue pun akan terjebak sama walaupun dia tak nak..lol!


tapi kadang-kadang geram gak dengan hero nie..
dia macam suka dekat heroin nie end up dia wat tak tau je.
suka cakap je la suka hoiii..
ego menggunung kalah everest..
rasa nak hempok dengan iron board..




Watch The Master's Sun Episode 1
Watch The Master's Sun Episode 2
Watch The Master's Sun Episode 3
Watch The Master's Sun Episode 4
Watch The Master's Sun Episode 5
Watch The Master's Sun Episode 6
Watch The Master's Sun Episode 7
Watch The Master's Sun Episode 8
Watch The Master's Sun Episode 9
Watch The Master's Sun Episode 10


sekarang nie baru sampai episode 10..
tak silap aku ada 16 episode semuanya..
yang lain kau orang tungu ea..hehe
okay, selamat menonton..



Friday 30 August 2013

DARAH JENIS O-VE (O NEGATIF) DIPERLUKAN





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

MOHON DERMA DARAH JENIS O-ve (O negatif)




Dukacita dimaklumkan bahawa Y. Bhg. Prof. Dr. Mohd Rozainee b. Taib, Prof. di Jabatan Kej. Kimia, Fakulti Kejuruteraan Kimia kini berada di Johor Specialist Hospital kerana masalah buah pinggang. Beliau sepatutnya menjalani pembedahan pada petang ini tetapi terpaksa ditangguhkan kerana bekalan darah jenis O-ve tidak mencukupi.

Sehubungan itu, besarlah harapan kami kepada sesiapa yang mempunyai darah jenis O-ve, sudilah apa kiranya ke hospital berkenaan untuk menderma darah. Untuk makluman tuan puan yang budiman, darah jenis itu amat sukar diperolehi.

Jasa baik tuan puan amat diharapkan bagi membolehkan Prof Dr. Rozainee dapat menjalani pembedahan secepat mungkin. Mohon hubungi talian 017-4705032 untuk tujuan tersebut.

Yg benar,
HALIJAH BTE SAWAL
Timbalan Pendaftar, FKK
tel: 019 7771759
date : 27/8/2013



kalau penderma dekat luar kawasan pun tak apa, sebab dia orang akan usahankan jugak bawak penderma pergi JSH.
aku awal-awal dah out sebab darah aku A..sobs!
jadi kalau kau orang yang darah O-ve nak tolong please call no yang tertera ye.
buat kita-kita yang tak dapat nak menderma darah, kita doakan semuanya berjalan lancar..
buat rakan blogger do share..
tak lari pun followers kau orang kalau kau share bende baik..kan? kan?



salam





notes: crdt to FB UTM

Monday 26 August 2013

TUNTUT HADIAH




nie entry pendek je ye...
mood tengah ke laut dalam nak update..
lagi pun aku baru balik camp..
perlu habiskan masa buat insan tersayang dulu...kehkehkeh



okay! kita masuk isu utama..
buat pemenang GA RAYA ANEM ZAHAR tahniah diucapkan.



siapa yang belum tahu lagi pergi check dekat web dia..
aku pun dah tertinggal kapal sebenarnya..kehkehkeh
and semua pun tau aku salah seorang sponser kenn?
tue yang kau orang terpaksa add aku tue kan? *sentap
tapi takpe i is rela *takde kene mengena*
lol!







jadi, buat si pemenang bertuah no.39 and no.5..
sila emailkan details anda ke asyikin_ariff@yahoo.com..
lambat email shawls tue aku pakai...hahahaha
okay tak lawak..



daaa

Thursday 15 August 2013

CARA SOLAT YANG BETUL UNTUK PARA MUSLIMAH






 Jom sama-sama kita betulkan apa yang kurang
"Biar susah sekarang, jangan susah di alam baqa"

Wednesday 31 July 2013

EPHYRA UNTUK SAYA



ingat lagi entry yang aku dapat EPHYRA free sebab masuk contest tue?
kalau tak ingat meh aku ingat kan >>SINI SINI<<


Alhamdulillah..
akhirnya sampai gak ke tangan aku..


so, entry kali nie  aku buat lain sikit
dengan harapan kau orang pun terjebak sama minum ephyra nie.
eh! cop! cop!
aku tak dibayar ye untuk buat entry nie.
free je dik non oiii..


jadi mari! mari!
mari baca dulu.
jangan risau
ha! jangan skip baca haaa..
aku watcaa kau kang.
tifu je..hahahaha


mula-mula aku nak kau orang tengok dulu muka hakak-hakak yang dah jelita dengan ephyra nie..
















ketara sangat aku tengok muka dia orang.
kebanyakkan umur dia orang nie antara 20-40 tahun.
memang umur yang sangat sesuai ambik collagen kan.


umur aku pun dah pertengahan 20 dah.
umur baru pertengahan 20 dah start macam-macam problem.
ye la dengan belajar lagi 
nak kawen lagi *auch! =P
kalau tak ambik sekarang bila lagi nak ambik
so, aku ambik ephyra.
lagi pun ramai yang dah dapat kesan positif lepas ambik kan.



so, aku nak kau orang baca dulu and faham apa itu ephyra.
and kenapa ephyra nie lebih baik dari collagen lain yang tengah bersepah dekat pasaran sekarang nie =)



EPHYRA memperbaharui dan melindungi kulit anda dengan 2 kunci bahan utama


1.Memperbaharui

·         Kolagen

- Menyokong struktur kulit untuk memperbaiki tona kulit, keanjalan, tekstur dan membantu anda kelihatan lebih muda
-Membantu melegakan kesakitan tulang dan sendi, dan menguatkan rambut dan kuku
- Menyuburkan kulit untuk mencegah penuaan, mengekalkan keanjalan kulit, mengurangkan kedutan dan  garis halus dan seterusnya melambatkan proses penuaan.


2. Melindungi

·         Acai Beri
·         Akasia Gam
·         L-Glutathione
·         Astaxanthin
·         Acerolla Ceri
·         Ekstrak Bunga Marigold
·         Serbuk Tomato
·         Superberi

 - Melindungi sel-sel  terhadap proses pengoksidaan yang merosakkan yang menyebabkan pertambahan melanin pada kulit (pigmentasi )

-Mencipta proses putaran antioksida , iaitu satu proses di mana agen antioksida bekerjasama untuk memaksimumkan pembaharuan sel-sel baru yang sihat dan melambatkan proses penuaan.
- melindungi anda terhadap tekanan pengoksidaan yang menjadi punca utama penyakit-penyakit berbahaya seperti penyakit jantung, kanser, arthritis dan lain-lain.


Siapa Yang Memerlukan EPHYRA?
Umur 20 thn dan ke atas*
Kulit Kering & kedut*
Kulit kusam & kendur*
Pigmentasi dan kulit bermasalah ( jerawat)*
Proses Pemulihan lambat*
Mudah Rasa Penat*
Daya Ingatan Merosot*
Sakit-sakit badan / sendi
Metabolisma rendah
 (yang ada * tue semua ada pada aku..nampak sangat dah tua =< )



Khasiat dan keistimewaannya

1.Menjadikan kulit anjal, halus dan lebih cerah berseri
2.Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh
3..Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat
4. Membantu memulihkan masalah kulit eczema
5..Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
6.“Astaxanthin” menghindari daripada barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit
7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban ,Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar
8 .Melancarkan sistem pencernaan dalam  badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu   makan
9.Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhi risiko sakit jantung
10.Membantu menyeimbangkan tekanan darah
11.Meningkatkan tenaga dan daya ingatan
12. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
13.Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakkan termasuk faktor usia
14. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis
15. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik dalam perut.


kau orang kena paham okay
semakin usia kita bertambah kulit kita akan kurang keanjalan
so, start la kendur sana sini
tue yang cepat nampak tua
kita boleh je melambatkan proses penuaan tue
tapi kena rawat dari dalam la kan
kalau setakat beli and sapu cream tepek-tepek dekat muka tak lut dik non oiii.. =)



okay...jom tengok apa pulak yang terkandung dalam EPHYRA nie sampai kan rasa dia tue sedap sampai terangkat...hahaha

Kandungan EPHYRA dan khasiat 

1.Kolagen Ikan Laut Dalam
- kolagen tulen yang dihasilkan daripada spesis ikan putihlaut dalam dari PERANCIS
- Mengembalikan keremajaan kulit anda
- Mengandungi agen antioksida semulajadi yang melindungi sel-sel daripada radikal bebas.
- Menyokong penambahan lapisan kolagen untuk mengekalkan keanjalan kulit yang sihat dan dan tegang.

2. Buah Acai
- Buah Keajaiban dengan manfaat yang besar, seperti anti-penuaan, anti-bakteria, anti-kanser, anti-radang dan  menguatkan sistem kardiovaskular
- Kaya antioksida, mampu untuk mengurangkan risiko mempunyai kanser dan membantu melambatkan proses penuaan.
- kaya dengan sumber vitamin dan mineral, termasuk kandungan tinggi omega 6 dan omega 9
- Kaya dengan serat pemakanan, membantu untuk meningkatkan kesihatan sistem kardio vaskular, saluran penghadaman dan membantu mengawal paras kolesterol.

3. Gam Akasia
- Membantu meningkatkan tahap kolesterol HDL (kolesterol baik) dalam badan
- Membantu menyingkirkan toksin berbahaya yang terkumpul dalam sistem pencernaan
- Kaya dengan Serat yang menyerap toksin yang kemudiannya dikeluarkan melalui proses penghadaman

4. L-glutathione
- memperbaiki kulit untuk menjadi lebih lembut,halus dan dan lebih muda
- Satu agen yang kaya antioksida yang melindungi kulit terhadap kerosakan sel hasil proses pengoksidaan sekaligus melambatkan proses penuaan.
- Mengurangkan proses pembentukan pigmen , memberikan kulit anda penampilan yang lebih cerah dan berseri
- Membuang toksin dari dalam badan untuk meningkatkan sistem imunisasi

5. Asthaxanthin
- Memulihkan kesakitan sendi,sakit otot dan arthritis.
- Sangat bagus untuk mengurangkan kedutan dan garis halus, meningkatkan tahap kelembapan dan keanjalan kulit, menjadikan kulit lebih halus dan cerah berseri
- Meningkatkan daya tenaga dan stamina dalam badan

6. Serbuk tomato
- Mengandungi banyak vitamin A dan C
- Berkhasiat tinggi untuk meneutralkan radikal bebas yang berbahaya dalam aliran darah
- Membantu pesakit kencing manis untuk menjaga tahap gula darah mereka di bawah kawalan
- Vitamin A dalam tomato akan membuat rambut anda kuat dan berkilat,juga bagus untuk mata, gigi dan tulang.

7. Acerolla ceri
- Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan , menguatkan hati, memperbaiki keadaan kulit  dan meningkatkan keupayaan badan untuk memulihkan dan memperbaharui tisu dengan cepat
- kandungan vitamin C yang tinggi dapat meransangkan pembentukan kolagen dalam badan, yang dapat menggantikan sel kulit menjadi sihat, halus dan lebih anjal.
- Membantu menguatkan sistem imunisasi dalam badan dan melindungi daripada penyakit kardiovaskular dan  masalah mata

8. Marigold bunga ekstrak
- Mengandungi pelbagai  karotenoid antioksida membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, atau molekul berbahaya.
-berkesan dalam merawat pelbagai masalah kulit radang, kulit berjerawat dan eczema
- Menstabilkan kelembapan pada kulit anda, sekali gus ini bermanfaat bagi mereka yang mempunyai kulit yang sangat kering dan sensitif

9. Superberry
-diketahui mengandungi kandungan antioksida yang sangat tinggi.
-melindungi sel dari pengoksidaan dan meneutralkan radikal bebas.
-sumber terbaik untuk Vitamin C, Zat Besi, dan Potassium.




Soalan Lazim

1. Mengapa kolagen ikan terhidrolisis lebih tinggi khasiat daripada struktur kolagen ikan biasa?
EPHYRA diformulasikan dengan kolagen ikan dihidrolisiskan (unit kecil molekul) yang membenarkan kolagen untuk diserap serta-merta oleh sel-sel dan memberikan hasil yang optimum.


2. Mengapa antioksida penting & bagaimana ia memberi kesan kepada kita?
Antioksidan mengandungi pelbagai keajaiban untuk kesihatan kita secara keseluruhan. Badan kita terdiri daripada 100 trilion sel.
Antioksida adalah bahan-bahan yang melindungi sel-sel dalam badan secara keseluruhan terhadap kesan-kesan radikal bebas. Radikal bebas boleh merosakkan sel-sel, dan dikaitkan dengan pelbagai masalah seperti penyakit jantung, kanser, artritis, Alzheimer, kolesterol tinggi dan penyakit-penyakit lain. Oleh itu, antioksida dalam badan kita bertindak sebagai perisai kepada sel-sel badan anda.


3. Apakah EPHYRA?
EPHYRA adalah lebih daripada kolagen biasa, sangat berkesan untuk memutihkan , menganjalkan dan melembapkan kulit. Selain itu, ia dapat memulihkan kesihatan dalaman. Iadirumuskan dari kolagen ikan laut dalam terhidrolisis dengan 8 antioksida yang kuat iaitu Acai Beri, Gam Akasia, L-glutathione, Astaxanthin, Acerolla Ceri, Serbuk Tomato, Ekstrak Bunga Marigold dan Superberry.


4. Bilakah masa terbaik untuk mengambil EPHYRA?
Anda boleh ambil EPHYRA pada waktu pagi sebelum sarapan pagi atau pada waktu malam sebelum tidur.
Dos pagi: penyerapan maksimum ketika perut kosong sebelum makan.
Dos Malam: membaiki dan memulihkan sel-sel badan  semasa tidur.



5. Pada umur berapakah anda boleh mula menggunakan Perkhidmatan EPHYRA?
Kolagen  akan berkurangan sepanjang hidup kita (bermula dalam 20 kami), sekali gus membawa kepada proses penuaan.
Tanda-tanda untuk kulit bahawa pengeluaran kolagen telah kurang :- Peningkatan kedutan & garis-garis halus, Kulit mengendur,Kulit bertukar menjadi kering & kasar, luka lambat sembuh & parut lambat pudar,Rambut  menjadi semakin nipis & membosankan
Kajian mendedahkan bahawa pada usia 30 dan ke atas, tubuh akan kehilangan kolagen pada kadar 15% setahun. Apabila anda adalah 60, badan anda telah mengurangkan pengeluaran kolagen kira-kira 45%.
EPHYRA sesuai & selamat untuk digunakan untuk semua golongan dewasa. Individu digalakkan untuk bermula awal untuk mendapatkan hasil yang diingini


6. EPHYRA akan menyumbang kepada pertambahan berat badan?
Tidak, EPHYRA adalah minuman berkalori rendah dengan kandungan lemak, oleh itu ia tidak akan menyumbang kepada penambahan berat badan dengan penggunaan jangka panjang. Malah, kolagen membantu dalam membina otot tanpa lemak yang membantu untuk membakar lemak dalam badan.


7. Berapa lama keputusan boleh dilihat selepas mengambil EPHYRA?
EPHYRA telah menunjukkan keputusan cemerlang selepas 2 minggu penggunaan. Ia menganjalkan kulit anda, mencerahkan & mengekalkan kelembapan kulit anda untuk lebih tegang,halus dan lembut, lebih muda cerah berseri.


8. Bolehkah saya mengambil lebih daripada 1 paket sehari dan akan ada apa-apa perbezaan?
Satu sachet setiap hari adalah mencukupi. Bagi individu yang mempunyai kulit yang bermasalah, dinasihatkan untuk mengambil 2 paket ( 2 kali – pagi dan malam ) untuk kesan lebih cepat.


9. Bolehkah lelaki mengambil EPHYRA?
 Ya. Ia adalah sesuai untuk lelaki kerana EPHYRA membantu untuk kulit lebih sihat dan bersih, memerangi keletihan, tekanan & meningkatkan imunisasi. EPHYRA juga tidak mengandungi bahan berkaitan hormon wantia yang boleh mengakibatkan kesan terhadap hormon lelaki.


yang last tue aku suke
agak-agak aku okay kang aku nak ajak En.An join the club same..
boleh la share-share beli... mihmihmih



okay done
harap kau orang tak skip-skip la baca..
siapa skip-skip pegi baca balik.




nie packaging dia..kotak keras okay.
currlasss kenn.
kalau packaging dah gempak mestilah hasilnya pun terjamin =)




yang kotak keras nie ada 30 sachet.
kalau satu hari ambik satu, cukup la supply untuk sebulan.




yang nie trial pack.
ada 10 sachet je dalam dia.
siapa-siapa yang nak cuba dulu boleh amik pack nie.
agak-agak kena dengan tekak and nampak perubahan leh ambik pack yang 30 sachet
pulak.


cara-cara nak buat dia senang je.
kau amik gelas and tuang air (aku prefer sejuk) =)
masukkan 1 sachet EPHYRA and kacau dengan sudu.
kacau lama-lama sikit sampai semua larut.
done! =)
pastu minum sejuk-sejuk..wah!! manyak syokk!!!




untuk bulan puasa nie aku cuma amik sekali je time buka.
makan kurma  pastu telan EPHYRA sejuk-sejuk.
nyumss..lega tekak.




see..sekali teguk habis aku kerja kan.
pastu nak terus makan pun boleh.
tapi lepas minum EPHYRA perut dah kenyang.
makan sikit dulu lepas solat maghrib kita makan second round lagi sambil tengok tv.
mano tak memboolaaat aku nie ha.



Ok yang ni fakta.
ephyra ni memang sedap gila..aku tak tipu.
ephyra ni bila ko minum ada rasa buah-buahan.
tak manis sangat...manis-manis buah gitewww =).. (mungkin sebab acai berry)
pastu ada rasa/bau macam chewing gum yang bulat besar-besar tu.
ala chewing gum time kecik-kecik dulu..
30sen ada 3 dalamnya..merah oren kuning..hahaha
siapa tak ingat pegi kedai cari sendiri.
tiap kali minum je aku rasa chewing gum yang sedap tu..bezanya boleh ditelan.
hehehehe


 
so far aku dah amik 6 hari..
makan time nak buka je.
badan aku, aku perasan la sikit-sikit apa yang berubah.
tapi aku belum nak cerita lagi apa yang berubah.
at least bagi la aku 2 minggu.
kang aku gebang sekarang kau cakap aku menipu pulak kenn.
takpe, tue nanti aku cerita.
kita simpan dulu..kehkehkeh



So kalau korang pun gedik macam aku nak lawa.
jom dapatkan EPHYRA kau orang sekarang..
tiru macam aku.
kita mesti awet muda sentiasa
baru laki tak cari lain. eh? =P



HARGA
 30 sachet
Jualan - RM228 (semenanjung malaysia) 
 RM238 (sabah sarawak)

Promosi - RM197 (semenanjung malaysia) 
    RM207 (sabah sarawak)

10 sachet (trial pack)
Jualan - RM79 (semenanjung malaysia)
  RM85 (sabah sarawak)

Promosi - RM68 (semenanjung malaysia)
     RM78 (sabah sarawak)


EMAIL
info@oceanlife2u.com
tajuk :  blognamipunya.blogspot.com
(untuk pertanyaan and dapatkan harga promosi sempena raya)

CONTACT PERSON
0341417889 / 0341421786



ketemu lagi di entry EPHYRA yg lain ye.
daaa!!