Tuesday 24 July 2012

DON'T BE SAD

Assalamualaikum










Don't be sad! Keep smiling... It's Ramadan! :)







salam



MOMO THE MEATBALL CAT



Assalamualaikum








momo is aisyah's birthday gift from her fiance*ops! terspekong pulak*... tapi ako selalu panggil je dia garfield... sebab dia malas... tidow je la yang dia tahu... tapi sejak hari sabtu hari tue dah tak panggil dia garfield dah...kita panggil dia meatball... keh keh keh sebab apa? tunggu~~~~





lama dah kot tak jumpa meatball nie... last jumpa masa bulu dia dah kene cukur sebab dah rosak... togel...yang tinggal bulu kepala dengan ekor...dah macam lion..but still cute*geget-geget telinga momo*



penyendal buku yang moody




sabtu lepas aisyah bawa dia balik kampung... so, merasa la kami dok gomol-gomol meatball berbulu...  tapi macam biasa.. dia suka orang terkejar-kejar dia... panggil lapan puluh lapan kali pun dia buat tak paham je... memanjang buget retiss...tensiii ako di buatnya...





dah la suka tarik perhatian orang... kalau tengah tengok TV and dia lalu sebelah harus la mata kau dah tersasar dari screen TV... asik pandang ke dia je... kalau dia keluar dekat anjung harusla akan ada insan yang akan follow...kalau kene curi mau nangis satu rumah... tapi bila dia rasa ada orang follow dia...dia masuk dalam rumah balik... agak-agak tak ada orang nanti dia keluar balik... last-last semua pintu kita orang tutup...dah masing-masing kepanasan dalam rumah *nanges* T________________T





muka baik... cuba kalau dah tak ada mood... terus jadi macam nie...





kalau muka dia dah macam nie...kau panggil la jota-jota kali... tak ada nye dia nak layan... lagi dia takut kan kau ada la...




lu nak sangat gambar gua kan? hambik! hambik!



takut tak? hahaha rasa nak geget-geget je muka dia... satu tabiat dia... kalau kau takut-takut nak pegang dia.. dia akan marah kau and at last keluar la kuku dia cakar kau... kalau tak cakar dia akan gigit kau... ako dah kene sekali T__________________T... ye la besar kot meatball nie... harus la macam takut-takut sikit... tapi sekarang tidak lagi!!! * jaritelunjukkekirikanan* nampak je dia ako terkam and gomol-gomol... seronok macam pegang karpet... lembut di tangan...







suka tidur terkangkang macam nie...dah macam manusia ako tengok... geram!!! rasa nak picit-picit sampai kemek... grrrrrr!!!!  kalau tengok dia jalan dari belakang ako rasa nak nangis... montot dia lagi besau dari ako... dah macam buah nangka bergerak... cuma warna kelabu *nangka busuk*... kah kah kah











abaikan pempuan berbaju nyamuk


nie gambar hari ahad sebelum dia balik... mentang-mentang dah nak balik camera pun dia booo layan *cisss!!* dah la setengah tenaga ako nak mengangkat... sepupu ako pun penat panggil-panggil nak suruh dia tengok camera... lantai juga yang dipandang... mungkin lantai tue lagi cantik dari ako *nanges* T_______________________T







besau tak meatball ako pegang nie? kalau meatball ikea besar macam nie... kau orang nak makan tak? keh keh keh





bye





salam




notes: kalau rajin nanti ako share gambar meatball masa kecik comel dulu...kene korek balik gambar-gambar dekat aisyah


Monday 23 July 2012

CONTEST GEMPAK





Assalamualaikum





yeah!!!!!!!!! hadiah contest gempak dah dalam tangan... walaupun ako dah sedikit ke arah kewanitaan*puiii* tapi ako still baca comics... buat hilang stress bekerja..hikhik tapi gempak je la yang ako selalu beli...yang lain sepupu ako beli...jimat disitu ye... balik kampung masing-masing tebongkang bace comics... so, dah alang-alang baca/beli comics join contest sekali...







walaupun ako dah banyak kali menang tapi semua hadiah yang ako dapat dah kene rembat dengan anak buah... tapi memang nak bagi pun dekat dia orang... dari ako simpan sampai berkulat baik bagi dia orang... yang ako simpan/guna ada satu je... pendrive 2Gb 14 Blades...ako bukan tau pun cerita apa... pakai join je contest ikut sesedap rasa je...keh keh keh





balik kampung minggu lepas ada lagi hadiah menunggu dekat rumah... Alhamdulillah!!!







first contest - Piranha 3D - dapat tshirt... walaupun saiz L tapi agak shomel untuk ako pakai ... badan dah macam kene pam pam skarang nie T____________________T... pass bagi anak buah...













contest ke 2 - topi mantera - yang nie pun bagi anak buah ako yang first...





walaupun tak dak satu pun yang ako boleh pakai tapi bersyukur dengan rezeki Allah bagi... dapat tengok orang pakai pun puas hati...





bye





salam




Friday 20 July 2012

SALAM RAMADHAN

Assalamualaikum




moga ramadhan kali ini memberi 1001 kebaikan kepada kita semua amin
salam

CONTEST RAYA SI SEPET & KEDAINYA!!!

Assalamualaikum







macam keji pulak ako rasa...dah la dah lama tak update blog proper...tibe-tibe update blog sebab nak join contest...barang free beb sapa tak hinggin...anak buah ako pun nak.. keh keh keh 




tapi masalah nya kene buat entry sedih sangat-sangat kenapa ako nak beg yang dia dok selalu promo tue... ako dah la baca blog dia dengan cinta hati dia *pitam* senyap-senyap je...lepas tue tak kan nak kasi dia tengok blog ako yang buruk nie and cerita sedih ako... tak rock la derrr... tapi tak apa.. kita try and arrow je...dapat alhamdulillah...tak dapat meh sentap ramai-ramai...hak hak hak




****************************************************************************

Cerita Sedih Saya!!!*gayaupinipin*




nama saya nami...umur saya macam sepet *perluke?*...disebabkan saya dilahirkan dalam keluarga yang agak susah...maka, mak tidak pernah mengajar saya untuk membazir wang untuk membeli barang yang bukan keperluan *nafsu!nafsu!*... tabiat ini saya bawa sehingga ke remaja *belumkawinso,remajalagi*... 




walaupun kini saya sudah bekerja dan mempunyai upah sendiri namun upah tersebut selalu tersasar...daripada saya ingin menyimpan untuk membeli beg, baju, handphone dan etc... upah tersebut terlebih dahulu menjadi bahan untuk membayar upah insan-insan yang rajin memasak didapur kedai-kedai mamak... ini disebabkan perut saya adalah hampir sama dengan tong gas didapur mamak tersebut T__________________T... 








kadang-kadang upah tersebut masuk ke dalam perut anak-anak buah dan hadik beradik saya kerana tahap kebesaran tong kami hampir sama *kes paw ako*... jadi, beg dan barang-barang idaman saya telah menjadi makanan ruji dan di hadam didalam perut... adapun sebahagian upah tersebut perlu digunakan untuk menyambung pelajaran saya yang sekian lama tergantung tak bertali...sebab itu lah saya berharap apalah kiranya sepet dan qery dapat memberikan beg tersebut kepada saya dengan percuma *kelip-kelip mata sambil senyum sampai nampak gigi susu*


 sekian, terima kasih..




*puhh kiri puhh kanan*
**************************************************************


rasa nak nangis baca entry sedih sendiri sebab tah apa ako merapu kan pun ako tak tahu... tapi nie memang kisah benar yang sememangnya besar-benar belaka...tiada yang benar selain yang benar-benar kesemuanya...





kepada kau orang yang nak join boleh ke blog SEPET  kalau nak tahu syarat-syarat kelayakan *kelayakan sangat!!*...ako malas nak taip sebenarnya sebab dah penat merapu...kah kah kah







buat kau orang yang malas buat entry...jangan meraung jangan bersedih... kenapa??? 




ye!!! sebab kau orang boleh pergi terus ke blog SEPET SHOP atau banner dekat sebelah...pilih , oder/booking dan bayo *ako tau kau orang manyak duit...mencikk tau!*...kang dah dapat kat tangan kita leh la ghaye dengan beg baru sama-sama*macam la ako dapat* T______________________T... jangan lupa like FB SEPET SHOP jugak *wajib*



sekian





salam





notes: buat entry macam budak sekolah sebab qery yang jadi juri...diakan cikgu sekolah...mesti suka baca karangan budak-budak...kah kah kah


Monday 16 July 2012

DIA LEBIH TAHU





Assalamualaikum









Kehendak ALLAH tidak dapat ditahan maupun diubah. Namun, apa yang bisa diubah ialah kehendak kita agar ia selaras dengan kehendak ALLAH.




Percayalah, setiap perkara yang ALLAH tentukan lebih baik bagi kita, daripada perkara yang kita inginkan, karena ALLAH lebih mengetahui maslahat/mudarat buat kita lebih daripada kita sendiri.









salam



Friday 13 July 2012

AMALAN MURAH REZEKI





Assalamualaikum








Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.
Diantaranya:





1. Menyempatkan diri beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:


“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.)





2. Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:


“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.)






3. Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:


“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.”(Riwayat at-Tirmizi)





4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:


“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-ra’d: 28)





5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:


“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)






6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:


“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)





7. Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:


“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…”(Riwayat Muslim)





8. Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.






9. Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata:


“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”





10. Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.






11. Menjalin silaturrahim

Nabi s.a.w. bersabda:


“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)





12. Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:


“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)





13. Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:


“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas .a.)





14. Melazimi solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .






15. Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:


“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)





16. Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:


“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)
Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)





17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.



Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.


Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: 


“Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.








18. Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.






19. Berikhtiar sehabisnya

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)



Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.





20. Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:


“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .”(At-Thalaq: 3)


Nabi s.a.w. bersabda:

“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.”(Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab .a.)






Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)


Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.






THE BEST PLANNER

Assalamualaikum










Indeed.... "ALLAH is the Best of Planners!" [Ali-Imraan (3):54]




“…and it may be that you dislike a thing which is good for you and that you like a thing which is bad for you. Allah knows but you do not know.” [Al-Baqarah (2):216] 




♥ ♥ Salam Jumaat ♥ 






salam



UPU LAGI

Assalamualaikum









sekarang pukul 10 kan? kan?...haisshhh!!! tinggal lagi 2 jam je...berdebar-debar ako dibuatnya...semua rasa pun ada...nak terkucil, teruhuk-uhuk, sakit perot, start nak pening... semua penyakit nak keluar....









doa kan ako ye...






salam


Thursday 12 July 2012

TATUT NYE ITE!!!! (TAKUTNYA KITE)

Assalamualaikum







hahaha...rasa nak lempang kan bace tajuk..ai kan manjewww *pitam*...




sebelum nie ako ada buat entry >>INI<<...lepas tue keluar pulak entry >>INI<<... dan hari nie cikziqa kiteww share gambar ini dekat FB... terus tatut(takut)...







result keluar besuk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
tolong doakan ako ye...tadi bila baca jantung ako dah macam orang lari lapanplohlapan kilometer dah..rasa nak tercabut keluar pun ada jugak...tapi tue tadi la...sekarang relax je sebab dah malas nak pikir...kang ako pikirkan sangat boleh saket kepala ako...






yang penting ako dah usaha buat permohonan...setiap hari berdoa moga dapat sambung...jadi tawakal je apa pun jawapan nya besuk...





bye






salam 




Wednesday 11 July 2012

KERJA KERJA KERJA

Assalamualaikum





oh! macam dah lama tak update...ako agak buzy...lepas habis family day ofice 2 minggu lepas dapat pulak kerja untuk hari sukan JKR...minggu nie naik ofice kerja dah bertimbun atas meja... tue belum kerja yang sentiasa ada *merungutnampak!!!!* hehehehe




selagi dibagi peluang...korje je la ciknami oiii!!! kang dah kawin laki tak kasi kerja baru padan muka...kehkeh
nanti kalau ako rajin ako update la elok sikit ea...nie update nak cepat je nie...hikhik
oh! jangan lupa doakan result upu ako...mungkin keluar jumaat nie...
bye
salam

Wednesday 4 July 2012

SALAM NISFU SYAABAN

Assalamualaikum






Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.






Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”







Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”




Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)





Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.


Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya ParaMalaikat
12. Malam Penghidupan







*sharing is caring*





SALAM






notes: copyright at AMALINA


BOSS KECIK SAYA!!!*gayaupinipin*



Assalamualaikum








bila sebut pasal boss mesti terkeluar dekat awan-awan fikiran boss adalah garang... tapi ako bersyukur dapat second boss yang baik walaupun agak tingtong macam pekerja nya...hehehe





walaupun kadang-kadang garang tapi bila kau ajar dia bukan-bukan comform dia ikut punya... macam c mata bundar ajar dia cakap "memey la" sampai ke sudah itu je yang dia dok ulang*fengsan*


ako : Mr.J lukisan tue ada atas meja tau

Mr.J : memey la!

ako : eh! dia nie*jelinglapanplohlapankalik*

Mr.J : memey la! memey la! *sambilbuatmuka*




semua benda nak di "memey la" kan*fengsan*...kadang-kadang geram jugak tapi bila tengok muka dia je terus rasa nak gelak...menyanyi lagu ikut sesedap lirik buatan sendiri siap ada joget lambak dekat ofice... hilangkan stress katanya...kalau pagi asal nampak muka ako masuk ofice dia dah siap pegang leher bahagian depan... "kopi! kopi!" sambil angkat-angkat kening...pitam ako dikerja kan dia... macam-macam perangai...nasib la baik hati...kalau tak, tak hinggin ako nak layan*kejam* hakhakhak




wife dia part time buat cake, cupcake,pavlova bla bla bla*malasnakingat*...boleh pergi dekat >>SINI<<...semua wife dia nak buat...so, ako dengan c mata bundar selalu kacau dia...nak-nak bila lepas rehat tengahari...sebab tengahari dia balik rumah...


c mata bundar : eh! ingatkan balik rumah amik cupcake*bagisignaldekatako*

Mr.J : *jeling*

ako : tah Mr.J nie..penat kita orang tunggu...ingat dapat la cupcake ke, pavlova ke *tahanketawa*

Mr.J : eeiiii!!! kau orang nie...tau nak free je...oder la...oder! oder! *mukamerahsambiltunjukFBwifedia*

ako/c mata bundar : kahkahkah*gelaktakhingatdunia*




boleh hilang stress kalau dia ada dekat ofice...tak pernah ako jumpa boss gila-gila macam dia... seronok tak hingat...rasa sayang kalau nak berhenti kerja sebab bukan senang nak dapat boss macam nie...buat kerja hati tenang je walaupun kadang-kadang terkejar-kejar...tapi syiioooookkkkk!!!!! *mulutmuncungmuncung*




jom kita layan gambar beliau yang suka berangan*matiklakenelibasdenganparang*
















comel ke idok?? hak hak 




nak sangat amik gambar sorang-sorang...lepas tue suruh tunjuk gaya yang kita orang selalu buat sebab dia teringin nak buat jugak*pitam*...dah tunjuk gaya pandai pulak cakap kita orang buli dia...eh? apakah...dia yang nak sangat...kita orang layankan aje...kang tak layan merajuk pulak...hahaha







kami-kami dengan second boss yang selalu dibuli...hakhakhak lebiu la mr.J...cupcake 1!!! hakhakhak





boss kau orang macam maner pulak? comel ke idok?







bye






salam





notes: Mr.J..sorry letak gambar comel anda di blog saya...hak hak hak



SIKIT LA PULAK





Assalamualaikum








selama nie ako rasa ada 5 orang adik beradik dah cukup banyak la tue... dah tak payah nak tambah-tambah lagi...bila semua balik kampung rasa penuh rumah...susah ako nak bernapas sebab asik kene buli je...belum lagi termasuk anak-anak buah yang super ohsemmm...fengsan ako dibuatnya...tapi ako suka je kumpul ramai-ramai sebab jarang dapat kumpul ramai-ramai bila masing-masing dah ada family sendiri...ako je yang tak nak kawin lagi*kuiskuiskaki*






tapi malam tadi mesej dekat sorang-sorang adik beradik mintak doa pasal >>INI<< terus rasa...eh! apesal macam sikit sangat nie.. laju-laju kira berapa mesej yang ako dah sent...baru hantar empat...siapa lagi satu? cari dalam list phone bukan main last-last baru teringat...ako la yang ke lima tue *nanges* T______________________________T









kenapa bila berkumpul rasa ramai...tapi tengok dalam gambar sikit je...ke sebab stok badan kami godang-godang...oh!kecuali abang...badan dia memang stok papan lapis dari kecik...mungkin dia bela jin dalam badan... hak hak hak atau mungkin bila kumpul dah termasuk ipar duai plus anak buah...sebab tue rasa ramai kot...






sikit sangat la pulak kan kalau cuma lima beradik je....nak tambah lagi memang dah tak kan boleh dah...hurmmm kene kumpul anak buah banyak-banyak je la jawabnya kalau nak besarkan family.... duhai kakak-kakakku dan kakak iparku yang satu...sila la beranak tiap-tiap tahun... adik okay je anak kau orang ramai...tapi jangan suruh adik jaga pulak...sila jaga sendiri...hak hak






bye






salam




WORDLESS WEDNESDAY I THE FEELINGS

Assalamualaikum










bye



Tuesday 3 July 2012

BERDEBAR-DEBAR

Assalamualaikum







hahahaha tajuk macam nak mintak sepak kan? tapi betul wei...ako tengah berdebar-debar...bukan berdebar nak kawin macam c mata bundar*matiklakenesekeh*..tapi berdebar pasal ini...








tengok atas sekali...yang ako bulatkan tue...





ingat lagi tak pasal entry >>INI<<....terus rasa nak lompat-lompat*syukurpadamuYaAllah*... takut,berdebar-debar semua ada...Doa kan ako dapat sambung tau...
siapa tak percaya boleh pergi laman web UPU sendiri*menciktautakpercayakitewww!!!*...





bye






salam




p/s:doakan ako hari-hari tau!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! hahahaa






bye





salam