Friday 30 August 2013

DARAH JENIS O-VE (O NEGATIF) DIPERLUKAN





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

MOHON DERMA DARAH JENIS O-ve (O negatif)




Dukacita dimaklumkan bahawa Y. Bhg. Prof. Dr. Mohd Rozainee b. Taib, Prof. di Jabatan Kej. Kimia, Fakulti Kejuruteraan Kimia kini berada di Johor Specialist Hospital kerana masalah buah pinggang. Beliau sepatutnya menjalani pembedahan pada petang ini tetapi terpaksa ditangguhkan kerana bekalan darah jenis O-ve tidak mencukupi.

Sehubungan itu, besarlah harapan kami kepada sesiapa yang mempunyai darah jenis O-ve, sudilah apa kiranya ke hospital berkenaan untuk menderma darah. Untuk makluman tuan puan yang budiman, darah jenis itu amat sukar diperolehi.

Jasa baik tuan puan amat diharapkan bagi membolehkan Prof Dr. Rozainee dapat menjalani pembedahan secepat mungkin. Mohon hubungi talian 017-4705032 untuk tujuan tersebut.

Yg benar,
HALIJAH BTE SAWAL
Timbalan Pendaftar, FKK
tel: 019 7771759
date : 27/8/2013



kalau penderma dekat luar kawasan pun tak apa, sebab dia orang akan usahankan jugak bawak penderma pergi JSH.
aku awal-awal dah out sebab darah aku A..sobs!
jadi kalau kau orang yang darah O-ve nak tolong please call no yang tertera ye.
buat kita-kita yang tak dapat nak menderma darah, kita doakan semuanya berjalan lancar..
buat rakan blogger do share..
tak lari pun followers kau orang kalau kau share bende baik..kan? kan?



salam





notes: crdt to FB UTM

1 comment:

  1. Salam ...saya dah add /follow blog awak...nanti jemput add/follow blog saya yer...Nice story anyway..saya baru belajar nak berblog

    ReplyDelete

TAK NAK KOMEN LIKE JE PUN BOLEH... V(0_O)V