Tuesday 26 June 2012

SURI RUMAH DAN BIBIK

Assalamualaikum




Oh!akhirnya...dapat jugak bukak laptop*lappeluhgunahujungbaju*...dapat update blog jugak*lappeluhdekatketiak*...lega nya~~


*****************************************


khamis plus jumaat lepas ako amik cuti...bila cakap cuti jangan kau orang ingat ako bersenang lenang ye...ako buat kerahan tenaga okay... kerahan tenaga jaga anak akak ako... bukan satu tapi TIGA!!! *nangis* T___________________T.. puncanya nenek dia orang balik kelantan... akak ako pulak tak boleh cuti lama-lama sebab baru naik cuti bersalin... sebagai adik yang baik, cantik, jelita dan sebagainya haruslah kene tolong menjaga *habiscutiako* T______________________T





menjaga tiga orang budak kenit dalam satu masa bukan kerja senang... nak-nak anak akak ako yang super manjewww... sikit-sikit nak kokong*dokong*, nak susu, nak itu, nak ini *fengsan*... tue belum masuk part husna yang telinga lintah... selagi kau nampak mata dia belum betul-betul tutup rapat dalam buai kau jangan la berangan nak bergerak buat kerja... dia nampak okay!!... tue belum dah tidur dengar pulak orang berjalan atau dengar akak & abang dia ketawa mengekek... sikit-sikit terjaga... tak tenang moksu kau nak buat kerja adik oiiii...






merasa la moksu kau buat kerja terkejar-kejar... sidai baju dah macam carli caplin... kejap je siap... terbalik ke tak hentam sajorr... suap kakak and abang makan pun sambil sebelah tangan hayun buai sebab makan sambil tengok tv *nangis* T___________________________T... nasib baik umi dah siap-siap masak sebelum pergi kerja... kalau tak, memang makan telur goreng je la akak dengan abang kamu...







budak berdua nie pun sama... payah betul nak suruh tidur siang... merasa la kene marah dengan moksu yang sememangnya singa betina ini... dah kene ugut tak bawak pergi playground baru masing-masing lompat atas katil... tue pun masing-masing nak pegang tangan moksu la, nak gesel-gesel tangan moksu dekat muka la, nak extra susu la... haishhh!!! macam-macam... last-last merasa la moksu tidur siang sekali*lompat bintang* hahahaha tue pun sebelah tangan peluk budak bedua nie sebelah lagi hayun buai *pitam*... petang umi balik terus moksu campak budak-budak dekat omak dia orang... moksu sambung tidur... hahahaha





penat jugak jaga budak... ako tak boleh bayangkan mak-mak yang jadi surirumah sepenuh masa... mana nak masak, mana nak basuh baju, kemas rumah lagi... belum anak nak itu ini... anak kecik ek! ek! lagi... huissshhhh!!! boleh fengsan dibuatnya... ako terus set dekat otak kawin nanti nak kerja... anak pas dekat bibik..voley? tapi takut pulak anak ako jadi anak bibik...laki ako jadi laki bibik... dah ako kene tukar tempat jadi bibik, bibik jadi mem besar...ee!!! jauh kan...




buat mak, ibu, umi, mama, mummy or whatever... anda adalah yang terbaik kerana berjaya menjalankan tanggungjawab dengan sempurna tanpa mengeluh *tabik spring*... buat anak-anak! hargailah ibu anda selagi mereka masih ada... selamat hari ibu *lah!pulak!*... eh! hari-hari adalah hari ibu okay!!!



*entry nie tak ada kene mengena dengan hari ibu tau*



bye




salam



2 comments:

  1. cam tu la kak nad ari2...

    ReplyDelete
  2. kak nad tak penat ke? kita baru jaga 2 hari dah rasa macam terpatah pinggang.. penat.. pukul 9 dah tertido.. dah macam orang membajak sawah dah.. hihi

    ReplyDelete

TAK NAK KOMEN LIKE JE PUN BOLEH... V(0_O)V